PENGAMAL REFLEKSI
- Peranan guru sebagai pengamal refleksi merupakan salah satu aspek yang sangat ditekankan dalam bidang pendidikan kini.
- Guru yang berperanan sebagai pengamal refleksi akan sentiasa mempersoalkan amalan dan tindakannya sebagai seorang guru.
- Tan et al (2003) merujuk amalan refleksi dalam perguruan sebagai "guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukannya".
- Amalan refleksi juga dilihat sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya.
- Amalan refleksi menggalakkan pengamalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman yang dilalui.
- Guru perlu menjadikan personaliti, akauntabiliti dan integriti menjadi penanda aras sebagai pengamal refleksi.
PERSONALITI
- Menurut Nik Azis Nik Pa (1995), personaliti adalah berasal daripada perkataan Latin iaitu personalis yang bermaksud identiti peribadi, keindividuan atau kualiti yang membentuk seseorang itu.
- Personaliti yang baik pada seseorang guru merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku, kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan dan cara berinteraksi.
- Sebagai pengamal refleksi, guru harus sentiasa merefleksi setiap aspek yang dirujuk sebagai personaliti seorang guru.
AKAUNTABILITI
- Webster's New World Dictionary mendefinisikan akauntabiliti sebagai tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang yang diberi amanah untuk kebertanggungjawabannya.
- Sebagai pendidik, guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mereka.
- Dalam konteks guru sebagai pengamal refleksi, akauntabiliti ini perlu sentiasa dipersoalkan dalam diri bagi memastikan setiap tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat dilaksanakan dengan baik terutamanya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Video Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Menggunakan Teknik Lakonan…
INTEGRITI
- Menurut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi.
- Dalam konteks pendidikan, guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni-murni seperti jujur, amanah, telus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan dalam melaksanakan sesuatu tugas.
- Peranan guru sebagai pengamal refleksi sudah semestinya perlu mengutamakan nilai-nilai murni tersebut dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
KESIMPULAN
- Penulisan jurnal atau refleksi merupakan salah satu strategi yang boleh dilakukan oleh seorang guru yang berperanan sebagai pengamal refleksi bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
- Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya meningkatkan keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
- Seseorang guru perlu mengamalkan refleksi dengan bijak dalam apa jua situasi yang melibatkan tugas dan peranan sebagai seorang guru.